Rabu, 5 Januari 2011

family planning (jom tengok!!!)

mmpunyai kuarga yg bhgia adalh prkra yg plg diingini oleh sume org...tp...kite kne la mrncang...jgn tmbh2 smpi x prsan anak dh leh wt team futsal..pstu pning kple mcmne nk biaya prblnjaan ank2...tujuan kite mrncang ni bknnya xnk ank..tp juz mnjrkkan klhiran & mningktkn trf kshtn ibu...si ayah xde mslh..klu dh tiap2 thun branak,leh mnyebbkn prolapse kpd ibu trsebut...kn nk pkai lame...tul x?so,kt cni sy nk brkongsi tntg kaedah perancang keluarga yg mudah & yg trdapat di Malaysia ni ye!!

Perancang Keluarga
Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?
Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.
Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:
  • Berumur diantara 20 dan 35 tahun
  • Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
  • Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
  • Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
  • Pasangan ingin mempunyai anak
Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor diatas tidak di penuhi.
Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?
1.      Kaedah semulajadi
o   Kaedah masa subur
o   Suhu badan asas
o   Kaedah cairan dan lendiran faraj
o   Kaedah gabungan
o   Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan
2.      Kaedah halangan
o   Kondom
kondom lelaki


                                   kondom wanita

o   cervical cap


o   Diafram



cervical cap dan diafram

3.      Hormon
o   Pil

o   Implan

o   Suntikan

4.      Alat dalam rahim

5.      Kaedah kekal
o   Ikatan tiub fallopian/peranakan

o   Pembedahan mengikat saluran mani lelaki

Apakah faedah merancang keluarga?
Faedah-faedahnya termasuklah:
  • Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak
  • Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
  • Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak di ingini
  • Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi
  • Merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga


sebarang maklumat lnjut korg lah klik link di bwh yer!!byk lg info sihat yg korg leh tngok kt situ ye...marilah kite beramai2 mengamalkan gaya hidup sihat...
Info Sihat

1 ulasan: